Perlawanan bola sepak Euro 2016 di perancis telah pun bermula pada 10 Jun 2016 yang lalu.Sebanyak 24 pasukan bola sepak di bawah UEFA akan bertanding di Kejohanan yang diadakan selama 4 tahun sekali ini.Tetapi saya bukan nak cerita pasal bola tetapi nak tunjukkan bagaimana cara untuk menonton live streaming Euro di ios tanpa anda perlu jailbreak dan tanpa menggunakan pc dan kepada pengguna android pun boleh guna cara ini cuma tutorial yang saya tunjukkan hanya untuk pengguna ios.Sebenarnya anda bukan hanya boleh menonton bola secara live tetapi boleh juga menonton siaran movie seperti hbo,fox,astro dan lain-lain.Boleh dikatakan banyak siaran seluruh dunia yang anda boleh tonton menggunakan cara yang akan saya tunjukkan ini.Tanpa bercakap panjang lebar lagi dan membuatkan anda boring membaca maka baik saya tunjukkan bagaimana cara menonton live streaming Euro di ios tanpa jailbreak dan tanpa menggunakan pc.Sila ikuti langkah cara membuatnya dibawah.
Langkah pertama: Pergi ke app store dan download aplikasi mPlayer .Selepas siap install anda boleh tutup aplikasi itu.
Langkah kedua: Buka aplikasi safari dan search livemedia.mobi atau anda boleh tekan disini
Langkah ketiga: Kemudian setelah berada di livemedia.mobi anda boleh search siaran tv yang anda hendak tonton di bahagian Stream name.Saya ambil contoh siaran tv dari Bien Sport Max.
Langkah keempat: Kemudian pilih siaran tv yang anda search tadi.
Langkah kelima: Selepas itu anda pilih open with mPlayer.
Langkah keenam: Apabila nampak pop up macam ni anda pilih open.
Langkah ketujuh: Tunggu siaran streaming itu connecting kecepatan mengikut line internet anda dan Selepas berjaya connect bolehlah anda menonton rancangan live streaming itu.
#p/s:Kerana anda menggunakan aplikasi mPlayer yang percuma akan ada keluar iklan dan juga popup pertanyaan jika anda ingin upgrade ke Pro version.Harga Pro version sebanyak usd3.99 kira-kira Rm13.60 duit malaysia.Pada saya amat berbaloi anda upgarde kerana aplikasi ini sangat berguna.
Jika ada masalah boleh tinggalkan pertanyaan di kotak komen dan share post ini semoga membantu mereka yang memerlukan.Terima kasih