Friday, June 10, 2016

Bagaimana cara mengatasi iphone,ipad,ipod stuck di Apple logo


Kerosakkan yang sering berlaku kepada pengguna iphone iaitu stuck di apple Logo..Masalah ini sering berlaku kepada pengguna iphone yang telah Jailbreak tetapi kadang-kadang boleh juga
berlaku kepada yang non-jailbreak.Ini adalah salah satu risiko kepada anda yang ingin jailbreak kemungkinan satu hari nanti Anda juga akan terkena Stuck di Apple logo ini.Jadi anda perlu sedikit pengetahuaan dan tahu apa yang perlu anda lakukan apabila menghadapi masalah seperti ini nanti.

Apakah penyebab masalah ini terjadi?.
Sebenarnya banyak penyebab yang boleh terjadinya stuck di Apple logo dan seperti masalah ketika mengemas kini ios yang  terbaru,Terdapat gangguan ketika memindahkan data dari komputer ke iphone mungkin disebabkan kabel usb yang rosak dan kemungkin juga disebabkan usb port yang rosak..Dan Stuck di Apple logo boleh juga terjadi disebabkan masalah pada hardware iphone anda.Tetapi yang selalunya adalah kerana Jailbreak disebabkan anda menginstall Aplikasi dan Tweak dari cydia yang tidak serasi dengan Version Ios anda atau terlalu banyak menginstall Aplikasi dan juga theme.Ini adalah salah satu kelemahan developer Aplikasi dan Tweak di Cydia kerana mereka tidak mengikuti spesifikasi penggunaan cpu dan memory yang diberikan oleh pihak Apple.

Cara membaiki Stuck di Apple logo ini adalah berbeza mengikut masalah yang anda hadapi.Tidak semua Stuck di Apple logo itu berjaya diselesaikan dengan membuat restore dengan cara DFUmode ada juga yang tidak berjaya jadi anda perlu tahu apa sebenarnya masalah yang berlaku kepada iphone anda itu.Anda boleh tengok cara-cara mengatasi iphone,ipad,ipod stuck di Apple logo dibawah ini.

Cara pertama :

Hard Reset iPhone, iPad, iPod anda. dengan Cara menekan butang Home dan Power secara bersamaan sampai Logo Apple Muncul dan pada masa sedanng Boot terus tekan butang Volume Up, sampai ada tanda – tanda masuk ke Springboard, setelah masuk di Springboard Buka Cydia dan buang Tweaks terakhir yang anda install sebelum iPhone, iPad, iPod anda Stuck di Apple Logo.


Cara kedua :

Cara melakukan Restore iOS iPhone, iPad, iPod anda.

langkah 1 : Lakukan hard reset terhadap iPhone anda (tekan butang Home dan Sleep sampai screen padam)

langkah 2 : sambungkan kabel USB ke iPhone anda dan buka  iTunes

langkah 3 : Memasukkan iPhone anda ke DFU Mode (Device Firmware Update)
caranya : Tekan butang Home dan Sleep selama 10 saat,setelah sepuluh saat lepaskan butang Sleep dan terus tekan butang Home untuk 10 saat lagi [jika anda melakukan ini semua dengan betul akan ada seperti gambar ini di pc.

[Jika tidak dapat seperti gambar ini anda perlu mengulangi semula seperti langkah-langkah diatas.]

Langkah 4 : kemudian jika anda mahu restore peranti anda maka pilihlah restore.

langkah 5 : Setelah proses restore selesai, iPhone akan reboots dan jika iPhone anda masih bersambung dengan iTunes,iTunes akan menawarkan proses restore dari Backup iPhone yang telah anda buat (proses ini akan mengembalikan semula contact, music, video, photo dan aplikasi).

langkah 6 : Proses untuk restore dari back up iPhone anda ini akan memakan masa lebih 2 sampai 3 jam, jadi anda perlu sedikit bersabar menunggu hingga siap.

langkah 7 : Apabila sudah selesai, iTunes akan memberitahu kepada anda dan iPhone akan reboot kembali.

langkah 8:   Proses seterusnya, Sync iPhone anda didalam iTunes , jika iPhone telah berjaya boot dengan normal maka proses sync pun tidak akan menghadapi masalah.

boleh menonton video tutorial dibawah jika kurang faham cara untuk membuatnya.

Blog ini dibuat adalah untuk berkongsi info tentang gadget,iphone dan juga tutorial-tutorial yang mungkin berguna kepada orabg ramai.

Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Suka

No comments