Pada tutorial yang lepas saya dah tunjukkan cara untuk masuk ke DFU Mode untuk iphone, ipad dan juga ipod Touch untuk tujuan Restore dan juga upgrade ios.Kepada pengguna ios yang telah lama menggunakan ios sudah tentu tahu apa itu IPSW (Iphone Software).Tetapi kepada anda yang masih baru menggunakan ios mungkin masih belum tahu dan pening nak pilih Firmware yang mana satu yang boleh digunakan dengan iphone, ipad dan ipod Touch anda itu.
Jadi pada hari ini saya akan tunjukkan cara kepada anda cara untuk download IPSW atau firmware yang betul untuk jenis iphone, ipad dan ipod Touch anda.Laman website yang ingin saya tunjukkan ini adalah IPSW.ME dan web ini bukan milik Apple.Tetapi web ini selalu melakukan update untuk latest Fimware jadi anda tidak perlu risau untuk menggunakan website ini.Ikuti langkah cara untuk memilih Versi IPSW Untuk iPhone, iPad dan iPod Touch anda dibawah.
1-Untuk download Fimware anda perlu masuk ke website IPSW.ME.
2-Apabila sudah masuk ke web IPSW anda pilih Identify My IOS Device.
3-kemudian anda pilih jenis ios Device anda saya akan pilih Iphone.
4-Selepas anda memilih jenis ios device akan ada keluar seperti dibawah ini.
5-Anda perlu masukkan Model Number untuk Iphone anda di ruangan ENTER YOUR MODEL NUMBER .No ni anda boleh dapat dibahagian belakang Iphone contoh saya punya Model A1453.Anda juga boleh masuk ke website Apple untuk melihat model no.Selepas masukkan model no klik di Find my Device.
6-Selepas itu akan keluar seperti dibawah ini.Mungkin akan berbeza mengikut jenis Device anda.
7-Jika anda mahu Restore ke ios yang terbaru anda boleh pilih di bahagian Download Latest Ios di bahagian kiri.Jika anda menggunakan window saya sarankan agar anda menggunakan IDM untuk download Firmware ini kerana saiznya agak besar sekitar 2.2Gb untuk ios 10.
8-Jika anda mahu downgrade ios anda boleh pilih di Browse all IOS release disebelah kanan.Selepas itu anda boleh lihat jenis ios Firmware dan juga Apple Signing Status.
9-Di Apple Signing Status anda boleh lihat tanda right warna hijau itu menunjukkan Apple masih lagi Signing untuk firmware itu jika ada tanda warna merah bermakna Apple dah stop Signing dan anda tidak boleh lagi gunakan Firmware itu untuk downgrade ios.
diharap tutorial ini dapat membantu anda memilih Versi IPSW Untuk iPhone, iPad dan iPod Touch dengan betul.