Tentu ramai pengguna-pengguna IOS 10 yang telah jailbreak sedang menunggu Tweak untuk membuat sistem dalam ios mereka menjadi mod gelap.Tweak Eclipse ini telah pun digunakan dalam IOS 9.3.3 dan kini berita baik kepada pengguna IOS 10 kerana Tweak Eclipse 4 telah pun dikeluarkan oleh cydia dan support untuk IOS 10.
Tweak Eclipse 4 ini benar-benar Tweak yang bagus dan berguna kerana boleh membuat seluruh sistem ios anda menjadi mod malam.Dengan menggunakan Tweak Eclipse 4 ini boleh membantu anda untuk mudah membaca pada waktu malam dan dapat mengurangkan jumlah tekanan pada mata anda.Kepada anda yang mempunyai masalah mata silau pada cahaya tweak ini mungkin boleh mebantu.
Tweak ini adalah sama seperti Tweak Eclipse yang terdahulu hanya kini ianya telah dibuat untuk support IOS 10.Tweak Eclipse 4 ini boleh dibeli di BigBoss Repo cydia dengan harga sebanyak $0.99.Kepada anda yang telah lama menunggu dan sudah sudah tidak sabar untuk mencuba mod gelap dalam IOS 10, anda kini anda boleh mendapatkan Tweak Eclipse 4 ini.Sila lihat video dibawah untuk cara menggunakannya.Jika terdapat masalah boleh tingglkan komen anda dibawah.