Muat turun kemas kini aplikasi secara automatik sangat berguna kerana kita sentiasa akan mendapat aplikasi yang terbaru yang sentiasa dikemaskini daripada penyedia aplikasi tetapi kadang-kadang terdapat juga masalah kerana jika aplikasi yang terbaru itu tidak stabil dan mempunyai masalah tentu akan menyusahkan kita.Dan dengan membuat muat turun kemas kini secara automatik juga akan membuatkan data internet handphone anda akan berkurangan atau mungkin habis terus tanpa anda sedari jika anda terutamanya pengguna prepaid.Saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana cara mematikan fungsi Muat turun kemas kini aplikasi secara automatik dalam peranti ios anda.Kepada anda yang mempunyai masalah dengan muat turun kemaskini secara automatik ini dan ingin mematikannya boleh lihat caranya dibawah.
Langkah pertama:Di skrin utama pergi ke setting icon.
Langkah kedua:di menu setting turun kebawah dan pilih iTunes & App Store.
Langkah ketiga:di iTunes & App Stores pilih update dan tutup fungsi updates dan anda juga boleh mematikan fungsi muat turun secara automatik dengan menggunakan data internet dari hanphone anda.
NOTA: Anda juga boleh mematikan aplikasi , muzik, dan buku-buku , daripada memuat turun secara automatik dengan mematikan butang slider.