Tentu ada di antara anda yang pernah mendengar tentang Paypal dan bahkan mungkin telah pun mempunyai akaun dengan Paypal ini.Tetapi
terdapat ramai lagi yang masih tidak tahu apakah itu Paypal dan apakah fungsinya.Sekarang saya akan jelaskan serba sedikit apa fungsi Paypal
dan bagaimana Paypal ini dapat menyenangkan urusan pembelian online anda.Saya juga akan tunjukkan cara untuk membuka akaun dengan Paypal ini.
Apakah dia Paypal?
Paypal ini adalah satu service yang membolehkan anda untuk membayar,menghantar wang dan juga menerima bayaran jika anda seorang peniaga online.Service Paypal ini digunakan diseluruh dunia jadi anda bebas untuk berurusan membeli ataupun menjual didalam ataupun diluar negara.
Adakah service Paypal ini selamat?
Ya service Paypal ini selamat kerana Paypal menggunakan penyulitan data dan menggunakan teknologi anti-penipuan dan memastikan maklumat anda selamat
dan mengurangkan risiko penipuan dalam talian.
sekarang anda tentu sudah faham serba sedikit tentang fungsi PayPal sekarang saya akan tunjukkan cara untuk membuka akaun dengan Paypal pula.
1-Untuk membuka akaun Paypal anda perlu masuk ke website
Paypal.com
2-pergi ke bahagian footer website klik pada bendera amerika dan pilih negara malaysia.Abaikan jika sudah negara Malaysia.
3-kemudian klik pada butang signup dan klik get strated.
4-masukkan email dan password kemudian pilih continue.
5-kemudaian masukkan semua detail anda setelah siap sila tandakan didalam kotak user agreement tanda setuju dengan syarat-syarat paypal dan klik Agree anda Create Account.
6-sekarang anda dah berjaya membuka akaun dengan Paypal.
Cara comfirmkan email address.
1-Email yang anda daftarkan dengan Paypal itu perlu dicomfirmkan terlebih dahulu cara untuk comfirmkannya anda perlu masuk kedalam akaun email anda dan buka email yang telah dihantar oleh Paypal.Setelah itu anda klik di Click to activate your account.
2-kemudian anda akan dibawa ke link website Paypal dan diminta masukkan Password Paypal anda dan klik di Comfirm Email Address.
3-Sekarang anda dah berjaya comfirmkan email address anda.
Cara linkkan kad kredit dengan akaun Paypal.
Untuk membuat pembelian secara online anda perlu mengunakan kad kredit atau kad debit anda kerana setiap pembelian akan ditolak dari kad anda itu.dibawah ini saya tunjukkan cara untuk linkkan kad kredit.Saya hanya ada kad debit jadi tutorial dibawah ini saya hanya gunakan kad debit daripada Maybank.
1-langkah pertama klik pada link a card.
2-kemudian anda pilih card type saya guna debit maybank jadi saya pilih visa.
3-Setelah itu masukkan no kad di bahagian hadapan kad debit atau kad kredit anda di ruangan card number.
4-kemudian anda masukkan tarikh expired kad.
5-dan masukkan 3 digit csc kad debit.No csc ini anda boleh tengok dibelakang kad..no ni perlu dirahsiakan dari pengetahuaan orang lain.
kemudian pilih save..
6-sekarang anda telah berjaya linkkan kad debit anda dengan paypal.
Cara comfimkan kredit kad.
Kad kredit atau Kad debit yang anda linkkan dengan Paypal perlu di comfirmkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.Sekarang ikuti langkah-langkah untuk comfirmkan kad kredit anda itu.
1-Anda pergi ke bahagian bank accounts and cards atau boleh pergi ke bahagian wallet dan klik dkt visa itu
2-kemudian anda akan diminta untuk comfirmkan kredit kad anda.
3-untuk comfirmkan kad kredit anda paypal akan mengenakan cas sebanyak rm10 jika berjaya dan untuk mendapatkan no 4 digit paypal kode itu
anda boleh buka web maybank2u dan pergi ke bahagian debit card history dan ambil no kode paypal disitu contoh kodenya adalah selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. atau maybank akan terus menghantar sms
ke telefon anda berserta kod paypal.
4-Masukkan no 4 digit itu didalam kotak dan pilih comfirm..
5-Tahniah,sekarang anda dah berjaya comfirmkan kad kredit anda dan boleh mula membeli secara online menggunakan akaun Paypal.
Sekadar untuk info didalam paypal tidak perlu ada duit untuk membeli kerana setiap pembelian akan ditolak terus dari kad kredit atau kad debit anda.